Asy-Syuraa (42) : 40 (Blok: 36-41)
Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib bahawa ketika Abu Bakar bersedekah dengan hampir seluruh dari harta bendanya, banyak yang mencemuh beliau. Maka dari itu, turunlah ayat 36 ini. Ketika Umar bin Khathab mengikuti seruan Rasulullah dengan masuk ke dalam agama Islam, ia meninggalkan seluruh perbuatan maksiat dan dosa. Kemudian orang-orang yang dahulu pernah bersekutu dengannya mengejek dan mencemuhnya. Maka dari itu, turunlah ayat 37 ini. Ayat 38 ini turun berkaitan dengan orang-orang Ansar yang diseur untuk memenuhi ajakan Rasulullah untuk beriman kepada Allah dan rasul-Nya serta Al-Quran, sebahagian mereka beriman dan mendirikan solat. Maka dari itu, turunlah ayat ini. 41. Pada suatu saat, Abu Bakar dicaci oleh seseorang dari kaum Ansar kemudian Abu Bakar membalas cacian itu. Lalu ia sedar dan dapat menahan diri untuk membalas dendamnya. Mendengar hal itu, maka Rasulullah menyampaikan ayat yang baru turun ini iaitu ayat 42.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)