Ali-Imran (3) : 135
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
TAFSIR 1
Dalam ayat (Dan juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya) dijelaskan bahawa di antara sifat orang-orang yang bertakwa adalah memohon ampunan Allah swt dengan segera Jika melakukan kekhilafan. Ayat tersebut dipertegas lagi dengan ayat berikutnya (Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui). Ayat ini menjelaskan bahawa ketika melakukan kekhilafan, orang yang bertakwa bertekad tidak akan melakukannya lagi. ltulah maksud taubat nasuha. Hal itu kerana pintu maaf Allah swt selalu terbuka lebar. Jika seseorang mahu memohon ampunan kepada Allah swt, Dia pasti akan mengampuninya. Hal ini juga dijelaskan dalam ayat lain sebagai berikut. (Dan barang siapa berbuat kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia memohon ampunan kepada Allah, nescaya dia akan mendapatkan, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.) (QS An-Nisa 4: 110) Rasulullah saw juga bersabda sebagai berikut. "Kasihilah orang lain maka kamu akan dikasihi. Berilah maaf maka Allah swt akan mengampunimu".
Rujukan: 1999: 195 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya) ini salah satu dari sifat orang bertakwa. Diriwayatkan dari Mujahid, dia berkata "Ayat Ini (menunjukkan) dua dosa, satu dosa fahisyah dan satu lagi dosa zalim terhadap diri sendiri." Adapun fahisyah adalah sifat bagi perbuatan yang mesti ditinggalkan (buruk) antara lain zina. Adapun (MenzaIimi diri sendiri) iaitu mereka melakukan perbuatan yang tidak layak diperbuat kepada diri mereka sendiri, Dan orang yang melakukan itu telah melakukan maksiat kepada Allah yang menyebabkan mereka mendapatkan hukuman. Maksud ayat ((segera) mengingat Allah) yakni mereka ingat akan ancaman Allah, jika mereka melakukan kemaksiatan kepada-Nya. Sedangkan maksud (lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya) yakni mereka memohon kepada Tuhan mereka agar dosa-dosanya diampuni dan dihapuskan dari seksaan. Maksud ayat (Dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?) iaitu apakah ada yang bisa mengampuni dosa selain Allah? Sedangkan maksud ayat (Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu) iaitu mereka tidak kembali melakukan dosa dan kemaksiatan yang telah dia perbuat. Maksud ayat (Sedang mereka mengetahui) iaitu mereka tidak mensengaja untuk terus-menerus berbuat dosa. Padahal mereka mengetahui bahawa Allah telah melarang hal tersebut dan telah menjanjikan hukuman bagi orang yang melakukannya.
Rujukan: 2001: 60-69 (Tafsir al-Tabari)