Ghafir (40) : 41
وَيَا قَوْمِ مَا لِي أَدْعُوكُمْ إِلَى النَّجَاةِ وَتَدْعُونَنِي إِلَى النَّارِ
Dan wahai kaumku! Apa halnya aku dengan kamu? Aku mengajak kamu kepada keselamatan, dan kamu pula mengajakku ke neraka?
TAFSIR 1
Pemuda mukmin itu kembali bertanya, 'Wahai kaumku! Aku ajak kalian kepada keselamatan dengan beribadah kepada Allah swt, tidak menyekutukan Allah dan membenarkan rasul-Nya tetapi seperti dijelaskan dalam ayat berikutnya (Tetapi kamu menyeruku ke neraka? (Mengapa) kamu menyeruku agar kafir kepada Allah dan menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang aku tidak mempunyai ilmu tentang itu) yakni hanya omongan tanpa dasar.
Rujukan: 1999: 958-959 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini masih berkenaan dengan orang beriman dari keluarga Firaun iaitu ketika melihat kaumnya tetap membangkang dan derhaka. la mengulangi seruannya kepada kaumnya menuju Allah dan ia berterus terang tentang imannya dan tidak lagi menempuh cara yang lalu iaitu menyembunyikan keimanannya terhadap mereka. la memperingatkan hal itu kerana dia tidak ingin mereka ditimpa sebahagian dari apa yang diancamkan oleh Musa terhadap mereka. Katanya "Hai kaumku, beritahukanlah kepadaku kenapa kalian dan bagaimanakah keadaan kalian. Aku mengajak kalian kepada keselamatan dari azab Allah dengan cara beriman kepada Allah dan memenuhi seruan Rasul-Nya serta membenarkan apa yang dia bawa dari Sisi tuhannya, sedang kalian mengajak aku melakukan perbuatan ahli neraka iaitu syirik kepada Allah, sebagaimana kalian berkehendak aku melakukannya."
Rujukan: 2001: 331 (Tafsir al-Tabari)