Ghafir (40) : 8
Wahai Tuhan kami! Dan masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn" yang Engkau telah janjikan kepada mereka; dan (masukkanlah bersama-sama mereka): orang-orang yang layak di antara ibu bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, serta keturunan mereka. Sesungguhnya Engkaulah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
TAFSIR 1
Maksud firman Allah (Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang yang soleh di antara nenek moyang mereka, isteri-isteri dan keturunan mereka) adalah kumpulkanlah mereka semua agar hati mereka senang kerana berkumpul (di Syurga) dengan ruangan yang berdekatan. Said bin Jubair menerangkanr "Kala seorang mukmin sudah masuk Syurga nanti, ia akan menanyakan keberadaan ayah, anak dan saudaranya. la akan mendapatkan jawapan bahawa amalan mereka tidak sedarjat dengan kamu. Lalu jawapan itu ditimpali olehnya dengan mengatakan bahawa apa yang dia lakukan bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi juga untuk mereka. Lalu diangkatlah darjat mereka sehingga mereka berada di darjat yang sama." Kemudian Said membaca ayat (Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang yang soleh di antara nenek moyang mereka, isteri-isteri dan keturunan mereka. Sungguh Engkaulah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana) Muthrif bin Abdullah mengutarakan, "Hamba Allah yang paling sering menasihati kaum mukminin adalah para malaikat." Setelah itu, ia membaca ayat ini (Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka) Sementara hamba Allah yang paling suka menipu kaum mukminin adalah syaitan. Maksud firman Allah (Sungguh Engkau-lah Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana) adalah Zat yang tidak dapat ditolak dan dikalahkan. Semua kehendak-Nya, itulah yang terjadi. Apa yang tidak dikehendaki-Nya, tidak akan pernah terjadi. Dia Maha Bijaksana dalam bertitah dan berbuat.
Rujukan: 1999: 953 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Setelah Allah menerangkan tentang permusuhan yang dinyatakan oleh orang musyrik terhadap kaum mukmin dan bantahan mereka terhadap para rasul dengan cara yang batil, kemudian pada rangkaian ayat-ayat ini (7-9) dijelaskan bahawa para malaikat mencintai kaum mukmin dengan memohon kepada Allah agar Allah mengampuni mereka. Adapun cara para malaikat itu memohon ampun bagi kaum mukmin antara lain dijelaskan pada ayat 8, kurang lebih menjadi demikian "Ya Tuhan Kami, masukkanlah mereka ke dalam Syurga-Syurga yang telah Engkau janjikan kepada mereka lewat Iidah para Rasul-Mu. Dan masukkanlah bersama mereka dalam Syurga itu orang-orang yang soleh di antara bapa-bapa mereka dan isteri-isteri mereka dan keturunan mereka semua, agar mata mereka menjadi tenteram. Kerana berkumpul dengan keluarga dan handai tolan pada saat bergembira merupakan kebahagiaan yang lebih sempurna dan kesenangan yang lebih lengkap. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa yang tidak boleh ditentang oleh orang yang dikuasai oleh Yang Maha Bijaksana, yang tidak melakukan suatu perbuatan kecuali hal-hal yang dituntut oleh hikmah."
Rujukan: 2001: 285-286 (Tafsir al-Tabari)