Ghafir (40) : 7
Doanya:
رَبَّنَا وَسِعْتَ كُلَّ شَيْءٍ رَحْمَةً وَعِلْمًا فَاغْفِرْ لِلَّذِينَ تَابُوا وَاتَّبَعُوا سَبِيلَكَ وَقِهِمْ عَذَابَ الْجَحِيمِ
Maknanya: Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.
Keterangannya: Doa ini adalah dari kalangan Hamalatal Arsy, iaitu para malaikat yang sentiasa menyokong orang-orang mukmin. Ini menunjukkan bahawa para malaikat juga berdoa untuk manusia: (a) Menggunakan ayat Rabbana; (b) Mendahulukan puji-pujian sebelum doa, iaitu: "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu Dikau meliputi segala sesuatu". Oleh yang demikian janganlah berlengah lagi daripada bertaubat dan kembali ke Jalan Allah, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan mereka yang didoakan oleh para malaikat itu.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)