Az-Zumar (39) : 67 (Blok: 64-67)
Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.
TAFSIR 1
Pada rangkaian ayat sebelumnya, Allah sudah menegaskan terlebih dahulu bahawa Dialah Pencipta segala sesuatu. Selain menciptakan, Dia memiliki seluruh alam dan mengatur putarannya, Segala sesuatu selalu berada di bawah pengaturan, kekuasaan dan pengawasan-Nya. Lantas pada ayat 64 ini Allah hairan dengan kebodohan orang-orang musyrik yang tidak kunjung sadar dan beriman, dijelaskan bahawa Allah memberikan bimbingan kepada Rasulullah untuk memberikan jawapan akan ajakan berbuat syirik dari orang-orang Quraisy Arab. Allah berfirman (Katakanlah (Muhammad) "Apakah kamu menyuruh aku menyembah selain Allah, wahai orang-orang yang bodoh?) para ulama tafsir menyebutkan Asbabun Nuzul ayat ini. Menurut riwayat Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Abbas, disebutkan bahawa kerana kebodohan kaum musyrikin meminta Rasulullah saw menyembah tuhan mereka di samping tetap menyembah Allah. Ayat ini senada dengan firman-Nya yang Iain, kiranya mereka menyekutukan Allah pasti lenyaplah amalan yang telah mereka kerjakan). (QS Al-An'am, 6: 88) Maksud firman Allah (Kerana itu hendaklah Allah saja yang engkau sembah dan hendaklah engkau termasuk orang yang bersyukur) merupakan perintah kepada Rasulullah untuk beribadah bersama para sahabat dan orang-orang yang membenarkan beliau secara tulus sahaja. Maksud firman Allah (Dan mereka tidak mengagungkan Allah sebagaimana mestinya) Adalah bahawa kaum musyrikin tidak mengagungkan Allah sebagaimana mestinya kerana mereka juga menyembah selain Allah.
Rujukan: 1999: 947-948 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Pada ayat 64 dijelaskan bahawa Allah menyuruh Rasul-Nya agar mengecam orang musyrik kerana mereka menyuruh Rasulullah saw supaya menyembah patung-patung dan berhala-berhala. Pada ayat 65-66 dijelaskan bahawa Allah memperingatkan hamba-hamba-Nya dari kemusyrikan lewat lisan semua para nabi dan menolak suruhan orang musyrik kepada Nabi agar menyembah patung-patung bahkan Allah menyuruh Nabi-Nya agar menyembah Allah semata. Pada ayat 67 digambarkan kebesaran dan kekuasaan Allah dan hanya Dialah yang berkuasa pada hari Kiamat. Hal ini sebagai isyarat bahawa apa saja yang disekutukan dengan Allah di Bumi dan di langit, semuanya ditundukkan di bawah kekuasaan Allah.
Rujukan: 2001: 243-253 (Tafsir al-Tabari)