Az-Zumar (39) : 9
(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
TAFSIR 1
Maksud firman Allah ((Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah pada waktu malam dengan sujud dan berdiri) adalah khusyuk ketika sujud dan solat. Menurut Ibnu Mas'ud, kata qanitun bererti orang yang taat kepada Allah dan rasul. Menurut Ibnu Abbas, Hassan, As-Suddi dan ibnu Zaid kata (Pada waktu malam) bererti di tengah gelap malam. Maksud firman Allah (Kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?) adalah mereka beribadah dengan rasa takut dan penuh harap. Kedua rasa ini mutlak diperlukan dalam beribadah. Kerana itu, Allah menyebutkan (Kerana takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya?) Namun begitu menghadapi masa sakaratul mahu hendaknya rasa penuh harap lebih memenuhi hati. Maksud firman Allah (Katakanlah, Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?) bahawa orang yang disebutkan tadi tidak mungkin sama dengan orang yang menyekutukan Allah dan mengajak orang lain agar tersesat dari jalan-Nya. Maksud firman Allah (Sebenarnya hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran) bahawa perbezaan antara dua orang itu hanya diketahui oleh orang yang berakal sihat.
Rujukan: 1999: 938 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Yang dimaksud ayat ((Apakah kamu orang musyrik yang lebih beruntung) ataukah orang yang beribadah) adalah taat (Ath-Thaus, 12) As-Saddi juga berpendapat bahawa yang dimaksud dengan qaanit adalah orang yang taat. Sedangkan makna (Pada waktu malam) iaitu di waktu-waktu ketika malam hari. Sebagaimana dikatakan Qatadah bahawa maksudnya adalah waktu-waktu pada malam hari, baik awal, tengah dan akhir malam (Ath-Thaus, 696). Maksud (Dengan sujud dan berdiri) yaitu ia mengerjakan ketaatan baik dengan bersujud mahupun berdiri. Maksud ayat ini bahawa bersujud ataupun berdiri adalah salah satu bentuk dari sebuah ketaatan. Maksud ayat (Kerana takut kepada (azab) Akhirat) ia sentiasa mewaspadai akan Seksa hari akhirat. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa maksudnya ia mewaspadai akan seksa hari akhir (As-Suyuthi, 322). (Dan mengharapkan rahmat Tuhannya?) Maksudnya ia berharap agar Allah mengasihinya dan memasukkannya ke dalam syurga. Sedangkan makna ayat (Katakanlah, Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?) katakanlah wahai Muhammad kepada kaummu, apakah sama orang yang mengetahui apa yang akan mereka dapatkan dengan ketaatan mereka kepada Rabb mereka iaitu berupa pahala dan apa yang akan mereka dapatkan dari kemaksiatan yang mereka lakukan kepada Rabb mereka, dengan orang-orang yang tidak mengetahui hal itu. Mereka tidak mengharapkan kebaikan dari kebaikan yang mereka lakukan dan tidak pula mereka takut akan mendapatkan sebuah kejelekan dari perbuatan salah mereka!? Kemudian Allah mengingatkan bahawa orang-orang yang mengambil pelajaran dari ayat-ayat Allah, mereka memikirkannya, mengambil nasihat dan merenungkannya hanyalah orang-orang yang berakal bukan orang-orang yang bodoh dan kurang menggunakan akal mereka.
Rujukan: 2001: 174-178 (Tafsir al-Tabari)