Saad (38) : 22 (Blok: 21-22)
Iaitu ketika mereka masuk kepada Nabi Daud, lalu ia terkejut melihat mereka; mereka berkata kepadanya: " Janganlah takut, (kami ini) adalah dua orang yang berselisihan, salah seorang dari kami telah berlaku zalim kepada yang lain; oleh itu hukumkanlah di antara kami dengan adil, dan janganlah melampaui (batas keadilan), serta pimpinlah kami ke jalan yang lurus.
TAFSIR 1
Maksud dari firman Allah (Lalu dia terkejut kerana (kedatangan) mereka) adalah kerana pada waktu itu Nabi Daud tengah berada di mihrab yang merupakan tempat paling mulia di rumahnya. Sebelumnya Daud sudah memerintahkan keluarganya agar tidak ada seorang pun diperkenankan menemuinya pada hari itu. Namun tiba-tiba dua orang telah memanjat dinding mihrabnya untuk menanyakan solusi atas perkara yang mereka hadapi. Berkaitan dengan firman Allah di ayat yang Iain (Dan Daud menduga bahawa Kami mengujinya) Ali bin Abu Thalhah meriwayatkan dari Ibnu Abbas bahawa maknanya adalah Allah tengah memberi cubaan kepada Daud. Berkaitan dengan segala kesalahan Daud yang dihapus oleh Allah, sebuah ungkapan mengatakan "Sesungguhnya kebajikan orang baik merupakan keburukan menurut orang-orang yang dekat dengan Allah." Maksud dari ungkapan ini adalah bahawa perbezaan tingkatan antara orang yang baru mencapai darjat al-abrar (orang baik) sangat jauh dibandingkan orang yang sudah mencapai darjat al-muqarrabin (orang yang dekat dengan Allah).
Rujukan: 1999: 930 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Pada ayat sebelumnya diterangkan seolah Allah swt berfirman kepada Nabi Muhammad saw (Apakah telah sampai kepadamu berita orang-orang yang berselisih). Ada pendapat yang mengatakan bahawa orang yang berselisih di sini adalah dua orang raja. Allah berfirman (Ketika mereka memanjat dinding mihrab) yang dimaksud dengan mihrab di sini adalah bahagian depan setiap majlis, rumah dan bahagian tempat yang paling mulia. (Ketika mereka masuk menemui Daud lalu dia terkejut kerana (kedatangan) mereka) memiliki erti yang sama dengan sebelumnya, seolah Allah berkata "Ketika mereka memanjat ke mihrab" iaitu ketika mereka masuk kepada Daud. Ada yang mengatakan bahawa terkejutnya Daud terhadap mereka kerana mereka masuk tidak melalui pintu sebagai tempat masuk, ada yang mengatakan bahawa ia terkejut kerana mereka masuk pada malam hari iaitu bukan pada waktu orang-orang boleh melihat mereka. Mereka berkata (Janganlah takut!) Allah swt berfirman bahawa orang yang beritahu perkara itu berkata kepada Daud, "Wahai Daud, janganlah engkau takut." Hal tersebut ketika mereka berdua melihat Daud ketakutan kerana masuk tidak melalui pintu. (Sebahagian dari kami berbuat zalim kepada yang lain). Maksudnya adalah seorang dari kami telah melebihi batas dengan mengambil milik sabahatnya yang bukan haknya, maka putuskanlah di antara kami dengan adil dan janganlah berlaku zalim dan berlebihan dalam keputusanmu dengan lebih condong kepada salah seorang di antara kami. (Tunjukilah kami ke jalan yang lurus) Diriwayatkan dari Qatadah iaitu kepada keadilan dan kebaikan.
Rujukan: 2001: 52-57 (Tafsir al-Tabari)