Saad (38) : 6 (Blok: 1-8)
وَانْطَلَقَ الْمَلَأُ مِنْهُمْ أَنِ امْشُوا وَاصْبِرُوا عَلَى آلِهَتِكُمْ إِنَّ هَذَا لَشَيْءٌ يُرَادُ
Dan (ketika itu) keluarlah ketua-ketua dari kalangan mereka (memberi peransang dengan berkata): "Jalan terus (menurut cara penyembahan datuk nenek kamu) dan tetap tekunlah menyembah tuhan-tuhan kamu. Sebenarnya sikap ini adalah satu perkara yang amat dikehendaki.
ASBAB 1
Diriwayatkan Imam Ahmad, At-Tirmizi, An-Nasai dan Al-Hakim menyahihkannya dari Ibnu Abbas. Ketika Abu Thalib jatuh sakit, orang-orang Quraisy mendampinginya. Demikian pula Rasulullah. Lalu mereka mengadu kepada Abu Thalib. Dia bertanya pada Muhammad "Apa yang engkau mahu dari mereka?" Beliau menjawab "Aku menginginkan mereka mengucapkan kalimat." Mereka berkata "Kalimat apa itu?" Rasulullah berkata "Bahawasannya tidak ada Tuhan selain Allah Yang Maha Esa." Mereka menjawab "Ini sesuatu yang sangat menghairankan." Maka dari itu, turunlah ayat-ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)