Ali-Imran (3) : 97
فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
HADISNYA
Abdullah bin Abbas r.a. berkata "Al-Fadhl bin Abbas mengiringi Rasulullah, Ialu datang seorang wanita dari Khats'am. Kemudian Al-Fadhl melihat kepadanya dan wanita itu meIihat Fadhl. Lalu, Nabi mengalihkan wajah Al-Fadhl ke arah Iain. Wanita itu berkata 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan hamba-Nya untuk haji. Ayahku terkena kewajipan itu, namun dia sudah tua bangka, tidak kuat duduk di atas kenderaan. Apakah saya menghajikannya?' Beliau menjawab 'Ya. Hal itu pada Haji Wada."
No Hadis: 750
Rujukan: Sahih Bukhari (Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari)