As-Saaffat (37) : 100

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!


TAFSIR
Firman Allah (Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh). Ini adalah doa Ibrahim kepada Tuhannya agar dikurniai seorang anak yang soleh. Ibrahim berdoa "Tuhan, kurniakanlah kepadaku seorang anak yang termasuk orang-orang yang soleh, termasuk orang-orang yang taat kepada-Mu, tidak bermaksiat kepada-Mu dan anak yang berbuat baik di muka Bumi dan tidak membuat kerosakan." As-Saddi juga berpendapat ketika menafsirkan ayat ini iaitu anak yang soleh (As-Suyuthi, 279).
Rujukan: 2003: 577 (Tafsir al-Tabari)