As-Saaffat (37) : 8 (Blok: 8-11)
لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ
(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
As-Saaffat (37) : 8 (Blok: 8-9)
لَا يَسَّمَّعُونَ إِلَى الْمَلَإِ الْأَعْلَى وَيُقْذَفُونَ مِنْ كُلِّ جَانِبٍ
(Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
TAFSIR 1
Adapun maksud firman Allah (Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian) adalah bahawa Allah mengekalkan bagi mereka kenangan yang baik, pujian yang bagus setelah mereka tiada. Ayat ini kemudian ditafsirkan oleh firman Allah swt berikutnya sebagai berikut. (Selamat sejahtera bagi Ibrahim. Demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sungguh dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman).
Rujukan: 1999: 920-921 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Firman Allah (Kami abadikan untuk Ibrahim (pujian) di kalangan orang-orang yang datang kemudian). Maksudnya Allah memberikan pujian kepada Nabi Ibrahim dengan mengekalkan baginya pujian yang baik yang dapat diingat bagi orang-orang yang hidup setelahnya sehingga akhir zaman. Diriwayatkan dari Qatadah bahawa maksud ayat tersebut iaitu Allah mengekalkan pujian yang baik bagi Nabi Ibrahim sampai akhir (As-Suyuthi, 285) Diriwayatkan dari Ibnu Zaid bahawa ia berpendapat mengenai ayat tersebut, ia berkata "Ibrahim meminta kepada Tuhannya 'Wahai Tuhan jadikanlah bagiku sebuah pujian yang baik yang dapat diingat oleh yang lainnya.' Ibnu Zaid berkata 'Maka Allah memberikan kepadanya sebuah pujian yang baik yang diingat oleh yang lainnya. Sebagaimana Allah memberikan celaan bagi Firaun dan orang-orang semisalnya demikian juga Allah memberikan pujian yang baik bagi mereka.' Dikatakan bahawa maksudnya adalah Kami meninggalkan bagi Ibrahim yang dapat dikenang oleh yang lainnya iaitu berupa ucapan salam (keselamatan) iaitu apa yang terdapat dalam firman-Nya (Selamat sejahtera bagi Ibrahim). Juga ada yang berpendapat bahawa pujian yang Allah kekalkan baginya adalah orang-orang akan berkata bagi Ibrahim, keselamatan (salam) bagi Ibrahim. Firman Allah (Selamat sejahtera bagi Ibrahim) merupakan sebuah pemberian atau penyematan Allah swt kepada Ibrahim secara khusus untuk selalu dikenang dengan sebutan yang baik bagi Ibrahim di muka bumi ini.
Rujukan: 2001: 605-606 (Tafsir al-Tabari)