Ali-Imran (3) : 85
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
TAFSIR 1
Untuk sekian kalinya Allah swt menegaskan bahawa Islam adalah agama yang hak, agama yang melengkapi semua syariat terdahulu. Dengan Al-Quran sebagai kitab, Islam membawa ajaran yang mengatur kehidupan manusia dalam semua aspek. Isi ajarannya sangat komprehensif dan akan selalu relevan dalam segala ruang dan waktu hingga datangnya hari akhir. Kerana itu, Allah swt mengecam dan melaknat orang-orang yang berpaling dari Islam dan memeluk agama Iain. Berpaling dari Islam bererti berpaling menuju kesesatan dan kekufuran. Inilah makna dari ayat "Maka mengapa mereka mencari agama yang lain selain agama Allah, padahal apa yang di langit dan di bumi berserah diri kepada-Nya (baik) dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada-Nya mereka dikembalikan?" Selanjutnya dalam ayat (Katakanlah (Muhammad), 'Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yakqub dan anak cucunya dan apa yang diberikan kepada Musa, Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya kami berserah diri) dijelaskan bahawa seorang mukmin berkewajipan untuk mengimani setiap risalah yang diturunkan Allah swt kepada para nabi dan rasul. Bagi yang tidak mengimani maka ia di hukumi kafir. Allah swt tidak pernah membeza-bezakan antara rasul yang satu dan rasul lainnya. Seluruh nabi itu sama di hadapan Allah swt. Satu hal yang membezakan diantara mereka adalah hanya syariatnya. Hal itu semata-mata kerana disesuaikan dengan kebutuhan umat pada masanya. Meskipun demikian, sekalipun beza, kesemuanya menjadi satu kesatuan yang tak terpisahkan. Dijelaskan lebih lanjut dalam ayat berikutnya bahawa seseorang tidak diperbolehkan memeluk agama selain Islam dengan alasan apa pun. Larangan ini berlaku pula pada orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka memeluk agama Allah swt kerana ajaran kedua agama mereka telah di-nasakh dengan Islam. Dengan kata Iain, jika mereka benar-benar setia dengan ajaran Yahudi dan Nasrani sebagaimana dibawa Nabi Musa dan Nabi Isa maka mereka pasti akan mengikuti syariat Rasulullah saw dengan memeluk agama Islam. Hal itu kerana Islam dan Rasulullah saw telah diterangkan pada kitab-kitab samawi terdahulu. Jika mereka tidak mahu memeluk Islam, amalan mereka tidak akan diterima Allah swt. Mereka kelak akan merugi di akhirat. Demikian dijelaskan dalam ayat barang siapa mencari agama selain Islam, dia tidak akan diterima dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi). Rasulullah saw bersabda, "Barang siapa yang melakukan amalan yang tidak pernah aku anjurkan, hal itu ditolak.
Rujukan: 1999: 182 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini seolah berkata, "Barang siapa mengharapkan agama selain agama Islam dan dia memasuki agama tersebut, maka Allah tidak akan menerimanya. Dan di akhirat dia termasuk orang-orang yang rugi kerana tidak mendapatkan rahmat dari Allah Azza wa Jalla. " Dikatakan bahawa pada waktu itu setiap penganut ajaran mengaku sebagai kaum Muslimin. Maka ketika turun ayat ini, diperintahkanlah untuk mengerjakan ibadah haji jika mereka benar. Kerana haji merupakan sunnahnya agama Islam. Namun, mereka menolak untuk mengerjakannya sebab itu Allah membantah argumentasi mereka. Diriwayatkan dari Ikrimah tentang firman Allah (Barang siapa mencari agama selain Islam dia tidak akan diterima). Orang Yahudi berkata, "Kami adalah Muslimin?. Oleh kerana itu, Allah mematahkan argumen mereka dengan firman-Nya (Mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajiban haji) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam). (QS Ali Imran, 3: 97)
Rujukan: 2001: 555-557 (Tafsir al-Tabari)