Faatir (35) : 34 (Blok: 34-35)
Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: "Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);
TAFSIR
Allah swt memberitahukan mengenai perkataan orang-orang yang dimasukkan ke dalam syurga (Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan kesedihan dari kami) iaitu Rabb kami yang memberikan kepada kami rumah ini iaitu syurga, disebut dengan (Tempat yang kekal) iaitu tempat menetap yang akan membuat seseorang tidak mahu berpindah darinya. Diriwayatkan dari Qatadah mengenai firman-Nya bahawa mereka menetap di dalamnya dan mereka tidak berpindah (As-Suyuthi, 254, 255). Keadaan mereka di dalam syurga tersebut adalah (Kami tidak merasa lelah) tidak menimpa kepada kami di dalam syurga rasa letih dan tidak pula rasa sakit. (Tidak pula merasa lesu) maksudnya adalah kepayahan dan kelemahan. Hal senada diriwayatkan oleh Ibnu Abbas mengenai firman-Nya iaitu kepayahan (As-Suyuthi, 254). Dan diriwayatkan dari Qatadah bahawa maksud firman-Nya adalah rasa sakit (As-Suyuthi, 254).
Rujukan: 2003: 380-381 (Tafsir al-Tabari)