Faatir (35) : 8
أَفَمَنْ زُيِّنَ لَهُ سُوءُ عَمَلِهِ فَرَآهُ حَسَنًا فَإِنَّ اللَّهَ يُضِلُّ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي مَنْ يَشَاءُ فَلَا تَذْهَبْ نَفْسُكَ عَلَيْهِمْ حَسَرَاتٍ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Maka (fikirkanlah) adakah orang yang diperelokkan kepadanya amal buruknya (oleh Syaitan) lalu ia memandangnya dan mempercayainya baik, (bolehkah disifatkan sebagai orang yang menjalankan peraturan yang ditetapkan Allah untuk memberi hidayah kepadanya, atau sebaliknya) ? Kerana sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Oleh itu, janganlah engkau membinasakan dirimu (wahai Muhammad) kerana menanggung dukacita terhadap kesesatan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka kerjakan.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Juwaibir dari Dahak dari Ibnu Abbas bahawasannya Rasulullah memohon kepada Allah "Ya Allah, muliakanlah agama-Mu dengan masuknya Umar bin Khathab atau Abu Jahal bin Hisyam ke dalam Islam." Kemudian Allah menghendaki Umar bin Khathab yang mendapatkan hidayah-Nya sedangkan Abu Jahal dibiarkan sesat. Maka dari itu, turunlah ayat ini yang membezakan antara dua orang yang satu berada pada jalan petunjuk dan yang lain tersesat dari jalan yang benar.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)