Ali-Imran (3) : 72
وَقَالَتْ طَائِفَةٌ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ آمِنُوا بِالَّذِي أُنْزِلَ عَلَى الَّذِينَ آمَنُوا وَجْهَ النَّهَارِ وَاكْفُرُوا آخِرَهُ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri): "Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi, dan kufurlah (ingkarlah) pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula".
HADISNYA
Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda "Jika kamu sekalian mendengar suara kokok ayam jantan, maka mohonlah kurnia Allah kerana sesungguhnya binatang tersebut telah melihat malaikat dan jika kamu sekalian mendengar suara rengekan keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan kerana binatang tersebut telah melihat syaitan."
No Hadis: 4908
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)