Saba’ (34) : 34
وَمَا أَرْسَلْنَا فِي قَرْيَةٍ مِنْ نَذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتْرَفُوهَا إِنَّا بِمَا أُرْسِلْتُمْ بِهِ كَافِرُونَ
Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".
TAFSIR 1
Allah berfirman pada surah (Saba) ini (Dan setiap Kami mengutus seorang pemberi peringatan kepada suatu negeri) iaitu nabi atau rasul (Orang-orang yang hidup mewah (di negeri itu) berkata) iaitu orang-orang yang memiliki kesejahteraan, kehormatan, kekayaan dan kepemimpinan. Qatadah berkata "Mereka adalah orang-orang kaya, pemuka-pemuka dan pemimpin-pemimpin mereka dalam keburukan." Maksud firman Allah (Kami benar-benar mengingkari apa yang kamu sampaikan sebagai utusan) adalah kami tidak mempercayai apa yang kamu sampaikan dan tidak pula mengikutinya.
Rujukan: 1999: 888-889 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt mengingatkan bahawa tidaklah Kami mengutus seseorang kepada sebuah negeri yang memberi peringatan kepada mereka mengenai azab Kami yang akan ditimpakan kepada mereka kerana kemaksiatan yang mereka lakukan kecuali para petingginya dan para pemimpinnya berkata seperti dikatakan para petinggi kaum musyrikin kepada Nabi Muhammad saw, "Sesungguhnya kami mengingkari apa yang engkau ingatkan, apa yang kau bawa iaitu tauhid kepada Allah dan apa yang kau bawa untuk melepaskan diri kami dari Tuhan-tuhan dan sekutu-sekutu." Diriwayatkan dari Qatadah mengenai orang-orang yang disebutkan dalam ayat tersebut adalah petinggi-petinggi mereka dan pemimpin mereka dalam hal kejelekan (HR Abdul Razak, 195). Kemudian Allah menyebutkan bahawa alasan mereka mengingkari peringatan yang datang adalah bahawa kami memiliki lebih banyak harta dan anak dari pada kalian dan kami tidaklah akan diazab di hari akhir. Kerana jika Allah tidak meredhai apa yang kami lakukan pasti kami tidak akan mendapatkan dan merasakan apa yang dirasakan saat ini, dari pekerjaan, harta dan anak. Allah tidak menyempitkan rezeki bagi kami akan tetapi sentiasa memberikan kepada kami. Hal ini menunjukkan bahawa Dia redha atas apa yang kami lakukan. Allah berkata kepada Nabi Muhammad, katakanlah wahai Muhammad kepada mereka bahawa Allahlah yang meluaskan rezeki, berupa mata pencaharian dan perhiasaan di dunia. Allah menyempitkan rezeki bagi siapa yang Dia kehendaki bukan kerana keutamaan yang ia miliki. Barang siapa yang disempitkan rezekinya hal itu bukan kerana ia tidak memiliki kebaikan bukan pula kerana Allah benci kepadanya. Akan tetapi, Allah melakukan hal tersebut sebagai ujian bagi hamba-Nya. Kebanyakan manusia tidak menyadari hal tersebut, bahkan mereka mengira bahawa itu adalah bukti bahawa Allah mencintainya.
Rujukan: 2003: 293-294 (Tafsir al-Tabari)