Ali-Imran (3) : 65
Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim; patutkah (kamu berdegil sehingga) kamu tidak mahu menggunakan akal?
TAFSIR 1
Ayat ini berisi claim kaum Yahudi dan Nasrani atas Nabi Ibrahim. Yahudi mengatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah bahagian dari mereka, kaum Nasrani pun melakukan claim yang sama. Perdebatan ini semakin memanas dan tak berujung. Muhammad bin Ishaq meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas r.a berkata, "Ketika berkumpul bersama Rasulullah saw, kaum Nasrani dan Yahudi berbantah-bantahan tentang asal-usal Nabi Ibrahim. Kaum Yahudi mengatakan bahawa Nabi Ibrahim berasal dari kalangan mereka. Kaum Nasrani pun tidak mahu mengalah dan mengatakan bahawa Nabi Ibrahim berasal golongan mereka. Kemudian turunlah ayat (Wahai Ahlul Kitab! Mengapa kamu berbantah-bantahan tentang Ibrahim). Ayat ini diturunkan untuk menegur polemik yang terjadi di antara mereka. Bagaimana mungkin mereka mengclaim Ibrahim berasal dari kalangan mereka, sementara Nabi Ibrahim lahir jauh sebelum mereka ada. Nabi Ibrahim diutus Allah swt jauh sebelum Nabi Musa dan Nabi Isa diutus."
Rujukan: 1999: 177-178 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini seolah berkata, "Hai ahli Taurat dan Injil! Mengapa kalian memperdebatkan mengenai kekasih Allah, Ibrahim, semoga Allah melimpahkan selawat kepadanya." Adapun argumen-argumen mereka adalah bahawa masing-masing kelompok Yahudi dan Nasrani saling mengclaim bahawa Ibrahim termasuk golongan mereka dan beragama sebagaimana agama keduanya. Maka Allah mencela claim mereka dengan "Bagaimana kalian mengclaim bahawa Ibrahim satu ajaran dan satu agama dengan kalian dan agama kalian itu Yahudi atau Nasrani? Orang Yahudi mengakui bahawa agamanya menegakkan ajaran Taurat dan mengamalkannya, sedangkan orang Nasrani pun mengakui bahawa agamanya menegakkan ajaran Injil dan mengamalkannya. Padahal kedua kitab ini turun setelah Ibrahim wafat. Bagaimana Ibrahim bisa menjadi seagama dengan kalian? Aspek apa yang diperdebatkan kalian dan pengakuan seperti apa bahawa Ibrahim seagama dengan kalian, sedangkan hal ini pun kalian sudah mengetahuinya? Apakah kalian tidak paham dengan kesalahan ucapan kalian, yang mengatakan bahawa Ibrahim adalah seorang Yahudi dan Nashrani. Sedangkan kalian sudah tahu bahawa Yahudi dan Nasrani lahir setelah kematian Ibrahim?" Diriwayatkan dari Ibnu Abbas ia berkata, "Pendeta-pendeta Yahudi dan orang-orang Nasrani dari Najran berkumpul di hadapan Rasulullah saw dan berdebat di hadapannya. Kata para pendeta, 'Ibrahim itu tidak lain adalah orang Yahudi' dan orang-orang Nasrani berkata bahawa Ibrahim itu tidak lain adalah orang Nasrani. Maka Allah menurunkan ayat ini."
Rujukan: 2001: 480-483 (Tafsir al-Tabari)