Ali-Imran (3) : 64
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) barpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".
HADISNYA
Hadis riwayat Abu Sufyan ra, dia berkata, ketika aku berada di Syam, datanglah sepucuk surat dari Rasulullah saw yang ditujukan ke Hiraklius. Ternyata isinya adalah sebagai berikut. "Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah, dari Muhammad utusan Allah untuk Hiraklius penguasa Romawi. Salam sejahtera semoga selalu terlimpah kepada orang-orang yang mahu mengikuti kebenaran. Sesungguhnya aku bermaksud mengajakmu memeluk Islam. Masuklah Islam nescaya kamu akan selamat. Masuklah Islam nescaya Allah akan menganugerahimu dua pahala sekaligus. Jika kamu berpaling dari ajakan yang mulia ini maka kamu akan menanggung dosa seluruh pengikutmu. (Wahai Ahli Kitab, marilah kepada suatu kalimat yang sama antara kami dan kamu, bahawa kita tidak menyembah kecuali Allah dan tidak kita mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun dan kita tidak menjadikan satu sama lain tuhan-tuhan selain Allah. Jika mereka berpaling maka katakanlah kepada mereka 'Saksikanlah, bahawa kami adalah orang-orang Muslim). "
No Hadis: 3322
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)