Al-Ahzab (33) : 9
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ جَاءَتْكُمْ جُنُودٌ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِيحًا وَجُنُودًا لَمْ تَرَوْهَا وَكَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرًا
Wahai orang-orang yang beriman, kenangkanlah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. Semasa kamu didatangi tentera (Al-Ahzaab), lalu Kami hantarkan kepada mereka angin ribut (yang kencang) serta angkatan tentera (dari malaikat) yang kamu tidak dapat melihatnya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa melihat apa yang kamu lakukan.
ASBAB 1
Diriwayatkan dari Hudzaifah bahawa ketika Perang Ahzab berlangsung, pada tengah malam yang gelap gelita, pasukan muslim dikepung pasukan pasukan kafir. Abu Sufyan beserta pasukannya berada di puncak bukit, pasukan Yahudi bani Quraidhah berada di lembah-lembah. Pada saat itu, Allah memberikan pertolongan kepada pasukan Islam dengan mengirimkan angin yang kencang yang membawa batu-batu kerikil sehingga mereka lari terbirit-birit. Lalu turunlah ayat ini agar umat Islam selalu mengingat nikmat Allah yang telah dianugerahkan kepada mereka.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)