Al-Ahzab (33) : 4
مَا جَعَلَ اللَّهُ لِرَجُلٍ مِنْ قَلْبَيْنِ فِي جَوْفِهِ وَمَا جَعَلَ أَزْوَاجَكُمُ اللَّائِي تُظَاهِرُونَ مِنْهُنَّ أُمَّهَاتِكُمْ وَمَا جَعَلَ أَدْعِيَاءَكُمْ أَبْنَاءَكُمْ ذَلِكُمْ قَوْلُكُمْ بِأَفْوَاهِكُمْ وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ
(Diperintahkan dengan yang demikian kerana) Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam rongga dadanya; dan Ia tidak menjadikan isteri-isteri yang kamu "zihar" kan itu sebagai ibu kamu; dan Ia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu, sebagai anak kamu sendiri. Segala yang kamu dakwakan mengenai perkara-perkara) yang tersebut itu hanyalah perkataan kamu dengan mulut kamu sahaja. Dan (ingatlah) Allah menerangkan yang benar dan Dia lah jua yang memimpin ke jalan yang betul.
ASBAB 1
Menurut riwayat Ibnu Abbas, ayat ini berkenaan dengan seseorang dari bani Fahm "Sesungguhnya, di dalam rongga dadaku ada dua hati. Keduanya lebih cemerlang daripada hati Muhammad." Dalam riwayat Ibnu Jarir dari Qatadah dan Al-Hassan ada tambahan, lelaki itu berkata "Aku mempunyai jiwa yang memerintahku dan melarangku." Ibnu Abi Hatim juga meriwayatkan dari As-Sudy, ia berkata bahawa ayat itu turun berkaitan tentang seorang lelaki Quraisy asal Bani Jumah, yang bernama Jamil bin Ma'mar.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)