As-Sajdah (32) : 29 (Blok: 28-29)
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan diberi tempoh (berbuat demikian)".
TAFSIR
Allah Swt menegaskan, mereka orang-orang musyrik kepada Allah swt itu berkata kepadamu "Wahai Muhammad (Bilakah kemenangan itu (datang))? Para ulama berbeza pendapat soal ungkapan ini. Sebahagian berpendapat, bilakah datang keputusan yang akan memutuskan antara kami dan kalian dan bila pahala dan seksaan itu datang? Pendapat lain menyatakan, yang dimaksud adalah Fathu Makkah (penaklukkan kota Mekah). Pendapat yang benar adalah bahawa mereka menanyakan bilakah datangnya keputusan antara kami dan mereka? Yakni seksa Allah swt. Inilah maksud ayat (Katakanlah 'Pada hari kemenangan itu tidak berguna bagi orang-orang kafir, iman mereka dan tidak pula mereka diberi Tangguh) tidak diragukan lagi bahawa orang kafir telah menerima taubat mereka sebelum peristiwa Fathu Makkah mahupun sesudahnya. Firman-Nya (Jika kamu memang orang-orang yang benar) pada orang-orang yang mengatakan sesungguhnya kami diseksa jika mendustakan Muhammad dan menyembah tuhan berhala-berhala kami. Firman-Nya (Katakanlah 'Pada hari kemenangan itu tidak berguna bagi orang-orang kafir, iman mereka) Allah swt menegaskan kepada Nabi Muhammad saw "Katakanlah wahai Muhammad, kepada mereka tentang hari keputusan dan datangnya azan di mana tidak bermanfaat lagi orang yang mengingkari Allah swt beriman kepada ayat-ayat-Nya pada hari itu." Firman-Nya (Dan tidak pula mereka diberi tangguh) tidak pula mereka ditangguhkan taubat dan penyesalan mereka.
Rujukan: 2001: 643-645 (Tafsir al-Tabari)