As-Sajdah (32) : 28
وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْفَتْحُ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Dan mereka bertanya: "Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul kamu orang-orang yang benar?"
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah bahawa ketika orang-orang mukmin sedang beristirehat pada peperangan di Badar, mereka yakin bahawa kemenangan segera tiba. Lalu orang-orang kafir menyela "Bila kemenangan itu datang jika kalian adalah orang-orang yang benar?" Maka dari itu, turunlah ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)