As-Sajdah (32) : 16
تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Al-Bazar dari Bilal, ayat ini turun berkenaan dengan beberapa sahabat yang menunggu untuk mendirikan solat Isyak pada akhir malam. Mereka mengikuti apa yang Rasulullah lakukan. Maka dari itu, turunlah ayat ini sebagai pujian terhadap amal baik yang mereka perbuat.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)