Luqman (31) : 27
وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
ASBAB 1
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Ikrimah bahawa ketika segolongan Ahli Kitab bertanya tentang roh, kemudian mereka mendapat jawapan bahawa ilmu manusia itu sangat sedikit, sebagaimana pada ayat ke-85 Surah Al-Isra. Maka mereka mengatakan bahawa mereka memiliki ilmu yang banyak kerana mereka telah mendapatkan Taurat dan siapa yang mendapat Taurat nescaya mendapat ilmu yang banyak. Maka dari itu, turunlah ayat ini yang menegaskan bahawa ilmu Allah tidak terhingga.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)