Ali-Imran (3) : 53
Doanya:
رَبَّنَا آمَنَّا بِمَا أَنْزَلْتَ وَاتَّبَعْنَا الرَّسُولَ فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Maknanya: Wahai Tuhan kami! Kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan, dan kami mengikut RasulMu; oleh itu suratkanlah kami beserta orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui keesaanMu dan kebenaran RasulMu)
Keterangannya: Di kalangan ahli-ahli tafsir (mufassirun) ada yang menyatakan bahawa golongan Hawariyun yang disebut di dalam ayat sebelum ini (ayat 52), adalah beberapa orang sahabat pilihan yang taat setia kepada nabi Isa a.s., yang sentiasa memberikan sokongan dan dokongan kepada baginda. Begitupun kedudukannya, mereka masih juga mengharapkan dapat mencapai martabat syahidin. Demikianlah mereka berdoa.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)