Al-Baqarah (2) : 27
الَّذِينَ يَنْقُضُونَ عَهْدَ اللَّهِ مِنْ بَعْدِ مِيثَاقِهِ وَيَقْطَعُونَ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ أَنْ يُوصَلَ وَيُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ أُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguhkannya, dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan, dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi.
HADISNYA
Hadis riwayat Anas r.a, dia berkata "Seorang lelaki datang menemui Nabi saw lalu berkata "Ya Rasulullah! Aku telah melanggar hukum hudud, maka laksanakanlah hukuman itu atas diriku!" Kemudian tibalah waktu solat dan ia pun ikut solat bersama Rasulullah saw. Setelah menyelesaikan solat, orang itu berkata lagi "Ya Rasulullah! Sesungguhnya aku telah melanggar hukum hudud, maka laksanakanlah hukuman Allah itu atas diriku!" Rasulullah saw bertanya "Apakah engkau ikut melaksanakan solat bersama kami?" Orang itu menjawab "Ya!" Rasulullah saw bersabda "Kamu telah diampuni"
No Hadis: 4965
Rujukan: Sahih Muslim Jilid 4 (Abul Husain Muslim ibni al-Hajaj Qushayri al-Nisaburi)