Ali-Imran (3) : 45
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: "Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).
TAFSIR 1
Kelahiran Isa seperti dijanjikan Allah swt merupakan kabar gembira untuk Maryam. Hal itu merupakan hadiah istimewa kerana Isa yang dilahirkan tanpa bapa ini kelak menjadi manusia pilihan Allah swt. Hal ini seperti dijelaskan ayat ((lngatlah), ketika para malaikat berkata, "Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah menyampaikan khabar gembira kepadamu tentang sebuah kalimat (firman) dari-Nya (iaitu seorang putra)). Dalam ayat ini Allah swt menegaskan, bayi ini diberi nama Isa dan nasabnya di hubungkan langsung kepada sang ibu Maryam kerana terlahir tanpa bapa. Dalam ayat ((iaitu seorang putra) namanya Al-Masih Isa putera Maryam) disebutkan Isa dijuluki Al-Masih kerana Allah swt mengangkatnya kelangit dan menyerupakan wajah seseorang dengan wajahnya. Hal itu untuk menyelamatkan Isa dan orang yang diserupakan dengannya yang ditangkap dan kemudian disalib orang-orang kafir. Dalam ayat (Seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah)) Allah swt menjadikan Isa sebagai makhluk istimewa yang mendapat anugerah di dunia dan akhirat. Di dunia, Isa dibekali kitab Injil sebagai syariat yang disebarkan kepada kaum Nasrani. Sementara di akhirat kelak Isa diberi hak memberikan syafaat kepada orang-orang yang dikehendakinya dengan izin Allah swt. Selain itu, kelak dia akan bersama para nabi dan rasul berada di dalam syurga. Isa juga menjadi salah satu dari lima rasul yang termasuk Ulul Azmi (nabi yang diberi berbagai mukjizat). Empat lainnya adalah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Muhammad.
Rujukan: 1999: 172 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat (lngatlah), ketika para malaikat berkata) iaitu kamu tidak hadir di Sisi mereka ketika mereka bersengketa. Juga kamu tidak hadir di Sisi mereka ketika malaikat berkata (Wahai Maryam! Sesungguhnya Allah menyampaikan khabar gembira kepadamu). Maksud ayat (Tentang sebuah kalimat (firman) dari-Nya (iaitu seorang putra)) iaitu pesan dan khabar dari Allah. Sebagaimana firman Allah dalam ayat lain (Kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam) (QS An-Nisa, 4: 171) iaitu Allah memberikan khabar gembira kepada Maryam dengan lahirnya Isa, yang disampaikan kepadanya.
Rujukan: 2001: 406-411 (Tafsir al-Tabari)