Ali-Imran (3) : 38

Doanya:

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maknanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan
Keterangannya: Doa ini diucapkan oleh nabi Zakaria a.s ketika baginda mendapat tahu bahawa anak saudaranya Saidatina Maryam (ibu nabi Isa a.s) sentiasa mendapat rezeki langsung dari Allah swt semasa mengandungkan anaknya. Bukti kekuasaan Allah di dalam memberi rezeki kepada hambanya itu menjadikan nabi Zakaria a.s yang telah tua renta itu begitu berharap untuk mendapat seorang anak dari isteri baginda yang juga telah tua.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)