Al-Qasas (28) : 52
Orang-orang yang Kami beri Kitab sebelum turunnya Al-Quran, mereka beriman kepadanya.
TAFSIR 1
Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa beberapa ulama dari kalangan Ahlul Kitab pun mengakui dan mengimani Al-Quran. Hal itu sebagaimana disebutkan dalam firman-Nya yang Iain sebagai berikut. (Sesungguhnya orang yang telah diberi pengetahuan sebelumnya, apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka menyungkurkan wajah bersujud dan mereka berkata 'Maha Suci Tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami pasti dipenuhi). (QS Al-Isra, 17: 107-108) Said bin Jubair meriwayatkan bahawa ayat di atas diturunkan ketika tujuh puluh orang Qisis diutus Raja Najasyi untuk menemui Nabi Muhammad saw lalu dibacakan kepada mereka surah Yassin dari awal sampai akhir surah. Mendengar lantunan surah Yassin, mereka menangis kemudian menyatakan diri memeluk agama Islam. Masih menurut riwayat Said bin Jubait ada pula ayat lain yang diturunkan dalam peristiwa itu iaitu firman Allah sebagai berikut. (Orang-orang yang telah Kami berikan kepada mereka Al-Kitab sebelum Al-Quran, mereka beriman (pula) kepadanya (Al-Quran). Dan apabila (Al-Quran) dibacakan kepada mereka, mereka berkata 'Kami beriman kepadanya, sesungguhnya (Al-Quran) itu adalah suatu kebenaran dari Tuhan kami. Sungguh sebelumnya kami adalah orang Muslim) (QS Al-Qasas, 28: 52-53)
Rujukan: 1999: 814 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Melalui ayat ini Allah swt meneqaskan kaum dan Ahli Kitab yang beriman kepada rasul-Nya dan membenarkan risalah yang dibawanya, Allah swt seolah menyatakan, Orang-orang yang telah Kami datanqkan kepada mereka Al Kitab sebelum Al-Quran, mereka pun mempercayai Al-Quran ini dan mengikrarkan bahawa Al-Quran tersebut adalah benar dari Allah swt. Dia mendustakan kebodohan kaum ummi yang tidak didatangkan kepada mereka satu kitab pun dari Allah swt. Muhammad bin Sa'd meriwayatkan, ia berkata "Ayahku meriwayatkan, ia berkata 'Pamanku meriwayatkan, ia berkata, Ayahku meriwayatkan dari ayahnya, dari Ibnu Abbas, firman-Nya (Orang-orang yang telah Kami berikan kepada mereka Al-Kitab sebelum Al-Quran, mereka beriman (pula) kepadanya (Al-Quran)) ia berkata 'Yakni barang siapa yang beriman kepada Nabi Muhammad saw dari kalangan Ahli Kitab." Al-Qasim meriwayatkan, ia berkata "Al-Husain meriwayatkan, ia berkata 'Hajjaj meriwayatkan dari Ibnu Juraij, dari Mujahid firman-Nya (Orang-orang yang telah Kami berikan kepada mereka Al-Kitab sebelum Al-Quran, mereka beriman (pula) kepadanya (Al-Quran)) (QS Al-Qasas, 28: 52) ia berkata 'Mereka itu adalah Muslimah dari kalangan Ahli Kitab."'
Rujukan: 2001: 273-278 (Tafsir al-Tabari)