Ali-Imran (3) : 31
Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
TAFSIR 1
Allah swt mencintai hamba-hamba-Nya yang bertakwa iaitu orang-orang yang sentiasa mengikuti ajaran Rasullah saw dan selalu mengimani beliau baik secara lisan mahupun perbuatan. Sikap ini merupakan ekspresi kecintaan mereka kepada Rasulullah saw. Kecintaan mereka kepada Rasulullah saw merupakan bukti kecintaan mereka kepada Allah swt. Dengan demikian, Allah swt akan mencintai mereka dan selalu melimpahkan rahmat-Nya untuk mereka, baik di dunia mahupun di akhirat. Rasulullah saw bersabda sebagai berikut. "Barang siapa yang melakukan sesuatu tidak seperti yang aku perintahkan, (maka) hal itu ditolak. "(HR Bukhari) Hasan al-Bashri mengatakan bahawa ketika kaum muslimin mengaku mencintai Allah swt, Dia kemudian memberikan gambaran bagaimana mereka harus mengekspresikan kecintaan tersebut. Ayat ini sekaligus memberikan pesan bahawa Allah swt dan Rasulullah saw adalah satu kesatuan. Dengan begitu, tidak bisa dibenarkan jika seseorang mengaku mencintai Allah swt tetapi malah membangkang terhadap risalah yang dibawa Rasulullah saw. Sebaliknya, pengakuan cinta terhadap Rasulullah saw juga tidak cukup jika mereka tidak mengakui kebesaran Allah swt. Jadi, kecintaan kepada Allah swt akan melahirkan cinta kepada Rasulullah saw dan cinta kepada Rasulullah saw akan melahirkan cinta kepada Allah swt. Di akhir ayat tadi Allah swt menjanjikan bahawa dosa orang-orang yang mencintai Rasulullah saw akan diampuni.
Rujukan: 1995: 169 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini turun untuk memerintah Nabi Muhammad saw agar berkata kepada utusan Nasrani Najran yang menghadapnya, bahawa pengagungan mereka terhadap Isa bukan merupakan pengagungan kepada Allah dan kecintaan kepada-Nya. Oleh kerana itu, ikutilah Muhammad saw. Diriwayatkan dari Muhammad bin Jaafar bin Zubair tentang firman Allah (Katakanlah (Muhammad), "Jika kamu mencintai Allah) iaitu jika perkataan kalian mengenai Isa merupakan kecintaan kepada Allah dan pengagungan-Nya (lkutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu) iaitu mengampuni dosa yang telah lalu berupa kekufuran kalian. Kata Imam At-Thabari, jika benar sebab turun ayat ini demikian maka penafsiran ayat ini sebagai berikut, "Katakanlah wahai Muhammad kepada utusan dari Najran, Jika kalian mengakui bahawa kalian mencintai Allah dan kalian mengagungkan Al-Masih dan kalian sungguh-sungguh mengatakannya kerana mencintai Tuhan kalian, maka buktikanlah ucapan kalian jika kalian sungguh-sungguh dengan cara mengikuti aku, kerana kalian tahu bahawa aku adalah utusan Allah bagi kalian, sebagaimana Isa merupakan utusan dari Dia yang mengutusnya. Jika kalian mengikutiku dan percaya kepadaku atas apa yang aku bawa dari Sisi Allah, maka Allah akan mengampuni dosa-dosa kalian dan akan dihindarkan dari hukuman dan menghapus dosa-dosa yang telah lalu. Kerana Dia pengampun dosa-dosa hamba-Nya yang beriman, Dia mengasihi mereka dan makhluk lainnya."
Rujukan: 2001: 324-327 (Tafsir al-Tabari)