An-Naml (27) : 64
Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ".
TAFSIR 1
Maksud ayat tersebut adalah Dialah yang dengan kekuasaan dan kebesaran-Nya menciptakan makhluk dan menghidupkannya kembali. Seperti firman-Nya di dalam ayat yang lain sebagai berikut. (Dan Dialah yang memulai penciptaan kemudian mengulanginya kembali dan itu lebih mudah bagi-Nya) (QS Ar-Rum, 30: 27) Maksud firman Allah (Dan yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan bumi?) iaitu apa yang Dia turunkan dari langit dan Dia tumbuhkan dari anugerah bumi. Sebagaimana firman Allah sebagai berikut. (Demi langit yang mengandungi hujan dan bumi yang mempunyai tumbuh-tumbuhan) (QS At-Tariq, 86: 11-12) Dialah Yang Maha Agung yang menurunkan air penuh berkah dari langit dan menghidupkan tumbuh-tumbuhan di Bumi lalu muncullah berbagai macam pepohonan, buah-buahan, aneka bunga dan sebagainya. Oleh kerana itu, Allah swt berfirman (Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)?) maksudnya iaitu atas dasar ini dan kenyataan yang Iain, setelah semua ini, masih menyembah yang lain-Nya? Maksud ayat (Katakanlah "Kemukakanlah bukti kebenaranmu) iaitu atas kebenaran ajakan kalian untuk menyembah tuhan-tuhan yang lain. Maksud ayat (Jika kamu orang yang benar) yakni dalam hal itu. Allah swt tahu bahawa mereka tidak memiliki dalil atas apa yang mereka lakukan.
Rujukan: 1999: 801 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Allah swt menegaskan "Apakah kalian dengan menyekutukan Allah swt itu dinilai baik atau pada yang menciptakan (manusia dari permulaannya) kemudian mengulanginya lagi tanpa ada model penciptaan terlebih dahulu. Dia menciptakannya Ialu melenyapkannya sekehendak Dia kemudian mengulangi penciptaannya seperti sedia kala apabila dia menghendaki sebelum dia melenyapkannya kembali. Dia-lah yang memberikan rezeki kepadamu dari langit dan Bumi. Dialah yang menurunkan hujan yang dengan itu menumbuhkan berbagai tumbuhan, biji-bijian (makanan) kalian mahupun biji-bijian (makanan) haiwan ternak kalian. Adakah tuhan selain Allah swt yang mampu berbuat demikian? Jika mereka meyakini ada tuhan selain Allah swt yang mampu berbuat demikian atau sedikit saja dari semua itu, katakanlah wahai Muhammad kepada mereka (Kemukakanlah bukti kebenaranmu) Maksudnya bukti kalian bahawa tuhan selain Allah swt tersebut mampu berbuat demikian. (Jika kalian memang orang-orang yang benar) maksudnya dalam dakwaan mereka itu.
Rujukan: 2001: 104 (Tafsir al-Tabari)