Ali-Imran (3) : 12 (Blok: 12-13)
قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُوا سَتُغْلَبُونَ وَتُحْشَرُونَ إِلَى جَهَنَّمَ وَبِئْسَ الْمِهَادُ
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) ke dalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan".
ASBAB 1
Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa ayat ini dan ayat sesudahnya turun berkenaan dengan orang-orang Yahudi yang mengatakan bahawa kemenangan Rasulullah saw dan para pasukannya atas pasukan Quraisy dalam Perang Badar itu lebih disebabkan kelemahan pasukan Quraisy dalam siasat perang. Dengan demikian, mereka menentang bahawa sekiranya berhadapan dengan kaum Yahudi, pasukan Rasulullah saw tidak dapat menundukkannya disebabkan anggapan mereka bahawa Yahudi adalah umat yang hebat. Lalu Allah menurunkan ayat ini.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)