Ali-Imran (3) : 8
Doanya:
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maknanya: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya
Keterangannya: Allah s.w.t. menceritakan tentang mereka yang digelar Ar-Rasikhuna fil Ilm, iaitu mereka yang teguh ilmunya yang mengenal zat Allah dan sifatNya dengan dalil (bukti) yang qat'i (pasti) dan yakin, dan mengetahui bahawa A1-Quran itu kalam Allal tanpa meraguinya. Mereka inilah yang berdna seperti di atas, bilamana mereka kecapi rahmat dan nikmat iman yang dikurniakan oleh Allah ke atas mereka, mereka takut sekiranya hati manusia yang rapuh itu boleh condong kepada kesesatan walaupun mereka telah bermandikan cahaya ilmu dan kebenaran. Apa yang mendorong mereka berdoa sedemikian bukanlah kerana hal~hal keduniaan, tetapi sebagaimana yang disebutkan pada ayat 9, mereka insaf bahawa Allah akan menghitung dan menghimpun manusia di hari pembalasan.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)