Asy-Syu’araa (26) : 45
Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
TAFSIR 1
Ayat di atas menerangkan petikan pertarungan antara Nabi Musa a.s dan tukang sihir. Dijelaskan ayat (Kemudian Musa melemparkan tongkatnya, maka tiba-tiba ia menelan benda-benda palsu yang mereka ada-adakan itu). Nabi Musa a.s kemudian melemparkan tongkatnya. Dengan kehendak Allah swt, tongkat tersebut berubah menjadi ular yang sangat besar. Kontan saja ular besar itu kemudian menelan ular-ular kecil tersebut tanpa tersisa satu pun. Sebagaimana dijelaskan pada ayat di atas, ular besar yang tidak lain adalah mukjizat dari Allah swt kemudian menelan ular-ular palsu hasil ilmu sihir. Fenomena ini menggambarkan betapa Allah swt Zat Maha Berkehendak. Kekuatan-Nya tidak akan mampu dikalahkan siapa pun termasuk Firaun yang mengaku-aku sebagai Tuhan. Ular besar yang merupakan jelmaan dari tongkat Nabi Musa a.s menjadi bukti jelas kebenaran akan selalu mengalah kan kebatilan. Kekalahan Firaun pada kejadian tersebut semakin menjadi bukti bahawa Firaun adalah makhluk biasa yang tidak mempunyai kekuatan apa pun. Kejadian ini sekaligus meneguhkan diutusnya Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s sebagai nabi dan rasul untuk membawa risalah ketauhidan kepada kaumnya. Kejadian ini merupakan awal kekalahan Firaun. Tidak ada lagi baginya kekuatan apa pun untuk menghadapi kemukjizatan yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. Atas pembang kangannya, Firaun dilaknat Allah swt dan segenap malaikat yang ada di langit dan Bumi. ltu semata-mata kerana kesombongan dan keangkuhannya.
Rujukan: 1999: 779 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini masih berkenaan dengan beberapa pelajaran yang dapat diambil dari kisah perdebatan antara Nabi Musa a.s dengan Firaun. Selanjutnya, setelah para ahli sihir didatangkan. Mereka dikumpulkan dari berbagai dataran tinggi Mesir. Mereka adalah orang-orang yang paling mahir dalam mengolah sihir dan tipu daya. Setelah dihadapkan ke majlis Firaun, mereka meminta upah jika berhasil mengalahkan Musa. Firaun menyanggupinya. Akan tetapi, perdebatan berakhir dengan kemenangan Musa iaitu setelah mereka mengerahkan segala daya upaya dan telah melakukan apa yang mereka bisa, bahkan lebih dari cukup dengan menyulap tali-temali dan tongkat-tongkat menjadi ular-ular yang merayap, namun semua itu ditelan oleh tongkat yang dilemparkan Musa. Hujjah Musa dapat mengalahkan mereka dan mereka mengetahui dengan jelas bahawa apa yang dilakukan oleh Musa tidak mungkin dapat mereka lakukan maka mereka tersungkur sujud kepada Allah kerana mereka mengetahui benar bahawa apa yang telah mereka perbuat ini adalah puncak kekuatan sihir. Akhirnya, mereka beriman kepada Musa.
Rujukan: 2001: 569-570 (Tafsir al-Tabari)