Al-Baqarah (2) : 286 (Blok: 285-286)
Doanya:
رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maknanya: Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir
Keterangannya: Inilah doa orang-orang yang beriman sebagaimana yang disebut oleh Allah swt di dalam ayat sebelumnya, iaitu orang yang beriman kepada Allah swt, para malaikat, para rasul dan kitab-kitabNya. Mereka juga tidak membeza-bezakan di antara seorang rasul dengan rasul yang lain, dan mereka juga mengaku taat dan setia kepada Allah swt. Bentuk doa yang diajarkan oleh Al-Quran ini menunjukkan bahawa makbulnya doa di dalam bentuk himpunan (ramai) adalah lebih sempurna.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)