Al-Baqarah (2) : 285
Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya". Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
TAFSIR 1
Ibnu Mas'ud meriwayatkan Rasulullah saw bersabda sebagai berikut, "Barang siapa yang membaca dua ayat terakhir surah Al-Baqarah pada malam hari, ia akan selalu mendapatkan kecukupan." (HR Bukhari) Hadis di atas menjelaskan, dua ayat terakhir surah Al-Baqarah mengandung keagungan yang luar biasa. Dalam ayat (RasuI (Muhammad) beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya (AI-Quran) dari Tuhannya) ditegaskan nabi dan rasul mengimani apa yang telah diturunkan Allah swt. Ayat ini juga mengandungi kewajiban seorang mukmin untuk mengimani Allah swt, malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan para rasuI-Nya. Meskipun syariat yang dikandungi dalam syariat kitab terdahulu telah di-naskh oleh syariat yang dibawa Rasulullah saw, umat manusia tetap berkewajiban mengimaninya. Hal itu kerana semua syariat merupakan syariat Allah swt yang diberikan kepada para nabi-Nya. Jadi, seseorang tidak bisa dikatakan orang mukmin jika tidak mengimani syariat terdahulu. Firman Allah (Dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami taat. Ampunilah kami, ya Tuhan kami, dan kepada-Mu tempat (kami) kembali) mengandung penegasan dari orang mukmin bahawa ia akan selalu menaati semua hal yang datang dari Allah swt. Hal itu kerana kepada-Nya kelak semua amal perbuatan akan dipertanggungjawabkan. Jibril mengatakan bahawa ayat ini mengandung sanjungan dan pujian terhadap Rasulullah saw dan umatnya.
Rujukan: 1999: 160-161 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud ayat ini adalah Rasulullah telah membenarkan apa yang diwahyukan kepadanya berupa kitab dari Tuhannya. Yang terdapat di dalamnya perkara yang halal dan haram, janji dan ancaman, perintah dan larangan dan hal lainnya yang memiliki makna-makna yang sealur dengan ayat tersebut. Diriwayatkan dari Qatadah tentang firman-Nya (Rasul telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya) bahawa ketika ayat ini diturunkan kepada Rasulullah, beliau bersabda "Dan berhak baginya untuk diimani.? Makna penggalan ayat (Kami tidak membeza-bezakan seorang pun dari rasul-rasul-Nya) ini merupakan berita dari Allah swt bahawa orang Mukmin pada waktu itu mengatakan seperti ini. Sedangkan penggalan (Kami dengar) menjelaskan bahawa setiap Mukmin mendengar perkataan Tuhan, apa yang diperintahkan-Nya dan juga apa yang dilarang-Nya. (Dan kami taat) menegaskan bahawa setiap Mukmin mentaati Tuhan tentang ketentuan-ketentuan yang diwajibkan, menyembah-Nya dengan penuh ketaatan dan berserah diri kepada-Nya. "Ampunan" merupakan alat penutup dari Allah atas dosa-dosa orang yang diampuni dan tidak membuka aibnya di dunia maupun di akhirat, serta memaafkannya dari tiap hukuman. Sampai akhirnya berkata, "Hanya kepada Engkau wahai Tuhan kami, tempat kembali kerana itu ampunilah dosa-dosa kami."
Rujukan: 2001: 148-153 (Tafsir al-Tabari)