Al-Baqarah (2) : 278
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
TAFSIR 1
Ayat ini adalah ayat terpanjang dalam Al-Quran. Dijelaskan, Allah swt memerintahkan kepada pihak yang terlibat utang-piutang untuk mencatatnya dengan saksama. Ini dimaksudkan agar catatan tersebut bisa menjadi bukti bahawa ada utang-piutang diantara mereka. Dalam catatan itu, hendaknya dituliskan waktu, tempat, jumlah nominal dan hal-hal Iain yang diperlukan. Orang yang menulis hendaknya menuliskan pokok-pokok yang dibicarakan dalam majlis tersebut dengan memerhatikan akurasi data. Ayat tersebut juga mengandung perintah untuk menghadirkan saksi sebagai bukti penguat selain tulisan. Disebutkan, saksi hendaknya dua orang lelaki atau satu orang lelaki dan dua orang perempuan. Hal itu kerana dua orang perempuan sebanding dengan satu orang lelaki. Selain itu, syarat yang harus dipenuhi oleh saksi adalah adil. Menurut jumhur ulama, kesaksian dalam masalah ini dihukumi fardhu kifayah. Dijelaskan bahawa perintah mengambil saksi dalam transaksi jual beli seperti disebutkan dalam ayat (Dan ambillah saksi apabila kamu berjual-beli) dihapus dengan penggalan (Tetapi jika sebahagian kamu memercayai sebahagian yang lain, hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya). Jadi, pengambilan saksi dalam suatu transaksi dihukumi sunnah bukan wajib. Ayat ini juga menegaskan pentingnya kejujuran semua pihak dalam memegang amanat transaksi. Mereka dilarang mengungkapkan data palsu sehingga merugikan pihak Iain.
Rujukan: 1999: 157-159 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat (Hai orang-orang yang beriman! Apabila kamu melakukan utang piutang) ini mencakup transaksi pinjaman atau Bai?Salam. Menurut Imam At-Thabari, Allah memerintahkan kepada orang yang berhutang dan berpiutang, agar menuliskan hutang di buku catatan hutang masing-masing. Dan memerintahkan kepada si pencatat hutang, agar menuliskan dengan cara yang adil. Dan perintah Allah ini bersifat fardhu kecuali jika ada dalil yang menyebutkan bahawa hal tersebut adalah bersifat anjuran saja. Sedangkan ayat lain yang berbunyi (Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain) berlaku di saat tidak ada kesempatan untuk menulis atau pergi ke pencatat hutang. Namun jika ada kesempatan untuk menulis atau ada pencatat hutang, maka hukumnya menjadi wajib. Sebagaimana firman-Nya (Dan hendaklah seorang penulis diantara kamu menuliskannya dengan benar) Diriwayatkan dari Adh-Dhahak, ia menjelaskan firman-Nya (Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu melakukan utang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya) Dia berkata, "Jika jual beli tidak secara tunai, maka diperintahkan agar dicatat. Baik transaksi berskala kecil ataupun besar." Dan diriwayatkan dari As-Saddi tentang maksud ayat ini, dia berkata, "Janganlah penulis enggan menuliskannya jika dalam keadaan senggang.
Rujukan: 2001: 69-120 (Tafsir al-Tabari)