Al-Baqarah (2) : 278
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَذَرُوا مَا بَقِيَ مِنَ الرِّبَا إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman.
ASBAB 1
Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa kedua ayat ini turun berkenaan dengan Bani Umair bin Auf As-Saqifi dan Bani Mughirah dari Bani Makhzum. Keduanya hendak membuat perjanjian dengan Utab bin Asad, Amir Mekah pada waktu itu. Isinya berupa permohonan agar praktik riba di kalangan kedua kabilah tersebut diperbolehkan sedangkan semenjak Fathu Mekkah, segala macam praktik riba telah diharamkan. Amir Mekah kemudian meminta saran kepada Rasulullah saw. Lalu turunlah ayat ini yang ditegaskan dengan ancaman bagi yang melanggarnya.
Rujukan: Lubabun Nuqul Fi Asbabun Nuzul: Riwayat Turunnya Ayat-ayat Al-Qur’an. (Imam Al-Hafizh Jalaluddin Abdurrahman As Sayuti)