Al-Mu’minun (23) : 101
Kemudian, apabila ditiup sangkakala, maka pada hari itu tidak ada lagi manfaat pertalian kerabat di antara mereka, dan tidak pula sempat mereka bertanya-tanyaan.
TAFSIR 1
Allah swt memberitahukan, peniupan sangkakala merupakan indikasi tibanya hari kiamat, semua manusia (mayat) bangun bangkit dari kubur mereka, (Maka tidak ada lagi pertalian keluarga di antara mereka pada hari itu (hari kiamat) dan tidak (pula) mereka saling bertanya). Pada hari itu, hubungan kekerabatan tidak berpengaruh/bermanfaat sama sekali, di mana tidak ada orang tua yang menoleh ataupun melambai kepada anaknya. Allah swt berfirman sebagai berikut, (Dan tidak ada seorang teman karib pun menanyakan temannya sedang mereka saling melihat). (QS Al-Ma'arij, 70: 10-11) Ayat di atas dapat diertikan seorang kerabat tidak menyapa kerabatnya padahal dia melihatnya kepayahan memikul dosa-dosanya yang membebani bahunya dan dia merupakan orang yang dimuliakannya di dunia. Dia tidak sedikit pun menoleh kepadanya (untuk membantunya) padahal dia tidak membawa apa pun walau hanya sayap nyamuk. Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Ibnu Mas'ud berkata, "Pada hari kiamat Allah swt mengumpulkan seluruh umat-Nya, baik yang hidup di masa awal dunia mahupun di masa terakhir, kemudian ada yang menyeru kepada mereka, 'Barang siapa merasa pernah dizalimi (di dunia), maka silakan datang maju untuk mengambil haknya.' Setiap orang berbahagia kerana dapat memperoleh haknya atas orang tua, anak atau isterinya, berapa pun umurnya. Hal ini sesuai dengan firman Allah swt (Apabila sangkakala ditiup, maka tidak ada lagi pertalian keluarga di antara mereka pada hari itu (hari kiamat) dan tidak (pula) mereka saling bertanya).
Rujukan: 1999: 736 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Para ulama takwil berbeza pendapat seputar pentafsiran sangkakala ditiup. Sebahagian ahli takwil mentafsirkan, itu terjadi pada tiupan pertama. Ibnu Humaid meriwayatkan dari Hakam bin Salm, dari Amr dari Mutharrif, dari Al Minhal bin Amr dari Said bin Jubair, "Seseorang menghadap kepada Ibnu Abbas seraya berkata, 'Aku mendengar Allah berfirman (Maka tidaklah ada lagi pertalian keluarga di antara mereka pada hari itu) (QS Al-Mukminun, 23: 101) dan ayat-Nya yang lain (Sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling berbantah-bantahan) (QS As-Saffat, 37: 27)." Adapun firman-Nya (Maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu dan tidak ada pula mereka saling bertanya) ini terjadi setelah tiupan sangkakala pertama. Dan firman-Nya (Sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang Iain saling berbantah-bantahan) ini terjadi ketika orang-orang memasuki syurga di mana sebahagian dari mereka membantah sebahagian Iainnya. Maksud pentafsiran di atas adalah ketika sangkakala ditiup, tidak akan ada makhluk hidup yang tertinggal selain Allah. (Sebahagian dari mereka menghadap kepada sebahagian lain berbantah-bantahan) (QS AS-Saffat, 37: 27). Kemudian mereka dibangkitkan setelah tiupan kedua. Sementara itu, sebahagian ahli takwil lain mentafsirkan, itu terjadi pada saat tiupan kedua.
Rujukan: 2001: 111-114 (Tafsir al-Tabari)