Al-Mu’minun (23) : 76
Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan mereka dengan azab (di dunia), maka mereka tidak juga tunduk patuh kepada Tuhan mereka dan tidak pula berdoa kepadaNya dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat);
TAFSIR 1
Maksud firman Allah (Dan sungguh Kami telah menimpakan seksaan kepada mereka) adalah kami menguji mereka dengan musibah dan kesengsaraan. Firman Allah, (Tetapi mereka tidak mahu tunduk kepada Tuhannya dan (juga) tidak merendahkan diri) adalah cobaan itu tidak menjadikan mereka berpaling dari kekufuran dan pembangkangan mereka. Mereka tetap kukuh dalam kesombongan dan kesesatan mereka. Firman Allah (Tetapi mereka tidak mahu tunduk) adalah mereka tidak takluk, (Dan (juga) tidak merendahkan diri) tidak menganggap. Ibnu Abi Hatim meriwayatkan bahawa Ibnu Abbas berkata, "Abu Sufyan datang kepada Rasulullah saw dan berkata, Wahai Muhammad, aku minta kepadamu untuk bersumpah demi Allah dan (mohon) sayang-Nya. Kami telah makan Al-llhiz iaitu bulu dan darah. Maka turunlah firman (Dan sungguh Kami telah menimpakan seksaan kepada mereka tetapi mereka tidak mahu tunduk). Landasan dari hadis ini, sebagaimana disebutkan dalam Sahih Bukhari dan Sahih Muslim bahawa Rasulullah saw bersabda sebagai berikut. Allahumma A'inni alaihim bisabu'in ka'sabu'i Yusuf. "Ya Allah, berilah pertolongan-Mu kepadaku melalui binatang buas seperti binatang buas (yang kau kirimkan untuk) Yusuf."'
Rujukan: 1999: 733 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Dalam ayat ini Allah seolah berfirman, Kami telah menimpakan seksa kepada kaum musyrik, menurunkan murka Kami, mempersempit kehidupan mereka, menanduskan tanah-tanah mereka dan Kami membunuh orang-orang terkemuka di antara mereka dengan pedang kami. (Tetapi mereka tidak mahu tunduk kepada Tuhannya) mereka tidak tunduk kepada Tuhan mereka, tidak melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya serta tidak mahu menjalankan ketaatan kepada-Nya. (Dan (juga) tidak merendahkan diri) dan mereka tidak menghinakan diri kepada-Nya. Ayat ini turun berkenaan dengan orang-orang Quraisy yang dikalahkan Allah di Sina Al-Jadab, ketika Rasulullah menyeru kepada mereka. Berikut riwayat tentang sebab turun ayat ini. Ibnu Abbas berkata, Abu Sufyan menghadap Nabi saw seraya berkata, Wahai Muhammad, demi Allah berbelas kasihlah! Sekarang kami sudah mulai memakan Al 'llhiz iaitu bulu dan darah. Allah lalu menurunkan firman-Nya ?Dan sungguh Kami telah menimpakan seksaan kepada mereka tetapi mereka tidak mahu tunduk kepada Tuhannya dan (juga) tidak merendahkan diri?). Al Hassan berkata, "Ketika orang-orang pengikut setan terkena musibah, sebenarnya itu seksaan. Maka janganlah menyikapi seksa Allah dengan kesombongan tapi sikapilah dengan meminta ampun kepada-Nya." Dan masih banyak lagi riwayat-riwayat lain yang semakna dengan riwayat ini.
Rujukan: 2001: 92-94 (Tafsir al-Tabari)