Al-Mu’minun (23) : 41 (Blok: 31-41)
Akhirnya mereka dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, dengan benar lagi adil, lalu Kami jadikan mereka sebagai sampah sarap (yang dihanyutkan oleh banjir). Maka kebinasaanlah kesudahannya bagi kaum yang zalim itu.
TAFSIR
Allah swt memberitahukan bahawa setelah menciptakan kaum Nuh, Dia menciptakan umat yang lain. Ada yang berpendapat bahawa maksud dari umat yang lain adalah kaum Ad, yang hidup setelah zaman mereka. Pendapat lain mengatakan bahawa maksud dari umat yang Iain adalah kaum Tsamud berdasarkan firman Allah swt, (Lalu mereka benar-benar dimusnahkan oleh suara yang mengguntur) Allah juga memberitahukan bahawa Dia telah mengutus seorang rasul dari kaum mereka, yang menyeru untuk menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Namun, mereka mendustakan dan memusuhinya serta enggan mengikuti seruannya kerana dia hanyalah manusia biasa seperti mereka. Mereka terlalu sombong untuk mengakui/mengikuti rasul dari kalangan manusia. Mereka tidak percaya akan datangnya hari kiamat dan mengingkari adanya pengadilan Tuhan. Mereka berkata (Adakah dia menjanjikan kepada kamu bahawa apabila kamu telah mati dan menjadi tanah dan tulang belulang, sesungguhnya kamu akan dikeluarkan (dari kuburmu)? Jauh! Jauh sekali (dari kebenaran) apa yang diancamkan kepada kamu) kerana (Dia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah)) dalam semua yang disampaikan kepada kalian mengenai risalah (kenabian), peringatan, mahupun khabar tentang hari akhir. Maksud firman Allah (Dan kita tidak akan memercayainya. Dia (Hud) berdoa, ?Ya Tuhanku, tolonglah aku kerana mereka Mendustakan aku?) adalah Rasul tersebut (Saleh a.s.) terdesak oleh perilaku kaumnya dan memohon kepada Allah agar diberi kemenangan/diselamatkan dari kaumnya. Allah swt menjawab doanya, (Dia (Allah) berfirman, Tidak lama lagi mereka pasti akan menyesal) iaitu atas pembangkangan dan keengganan mereka terhadap apa yang kamu sampaikan, (Lalu mereka benar-benar dimusnahkan oleh suara yang mengguntur) mereka pantas menerimanya sebagai balasan dari Allah atas kekufuran dan keangkuhan mereka. Suara guntur tersebut diiringi angin puting beliung yang berembus kencang (Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya sehingga mereka (kaum Ad) menjadi tidak tampak lagi (di bumi) kecuali hanya (bekas-bekas) tempat tinggal mereka) (QS Al-Ahqaf, 46: 25) Maksud firman Allah (Dan Kami jadikan mereka (seperti) sampah yang dibawa banjir) adalah mereka terkapar bergelimpangan seperti sampah yang berserakan, yang buruk dan rosak sehingga tidak dapat diambil manfaatnya sedikit pun, (Maka binasalah bagi orang-orang yang zalim) Firman Allah tersebut senada dengan firman-Nya (Dan tidaklah Kami menzalimi mereka tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri) (QS Az-Zukhruf, 43: 76) Mereka menzalimi diri mereka sendiri dengan kekufuran, keangkuhan serta pembangkangan mereka terhadap utusan Allah. Hal itu merupakan peringatan bagi setiap orang agar tidak mendustakan para rasul yang datang/diutus kepada mereka.
Rujukan: 1999: 729 (Tafsir Ibn Katsir)