Al-Baqarah (2) : 263
قَوْلٌ مَعْرُوفٌ وَمَغْفِرَةٌ خَيْرٌ مِنْ صَدَقَةٍ يَتْبَعُهَا أَذًى وَاللَّهُ غَنِيٌّ حَلِيمٌ
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati. Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar.
HADISNYA
Aisyah berkata "Sebahagian isteri Nabi bertanya kepada Nabi 'Siapakah yang pertama menyusul engkau?' Beliau menjawab 'Orang yang paling panjang tangannya di antaramu.' Lalu mereka mengambil bambu yang mereka (pergunakan) untuk mengukur hasta mereka. Ternyata Saudahlah yang tangannya paling panjang. Kemudian kami mengetahui sesudah itu bahawa maksud tangannya panjang adalah sedekah. Memang Saudahlah orang yang paling dahulu menyusul beliau dan ia senang bersedekah."
No Hadis: 710
Rujukan: Sahih Bukhari (Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Al-Bukhari)