Al-Mu’minun (23) : 21
Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu kamu beroleh punca-punca yang menyedarkan (tentang kemurahan dan kebijaksanaan Allah penciptanya); Kami beri kamu minum dari susu yang ada dalam perutnya, dan kamu beroleh banyak faedah lagi padanya; dan daripadanya juga kamu beroleh rezeki penghidupan kamu.
TAFSIR 1
Dalam ayat di atas, Allah swt menyebutkan manfaat yang terdapat pada binatang ternak antara lain, mereka (manusia) dapat meminum susunya, memakan dagingnya, menjadikan bulu-bulunya kain dan pakaian, menungganginya serta menjadikannya sebagai pengangkut beban dari satu daerah ke daerah lain. Hal ini sebagaimana disebut dalam firman-Nya yang Iain sebagai berikut, (Dan ia mengangkut beban-bebanmu ke suatu negeri yang kamu tidak sanggup mencapainya kecuali dengan susah payah. Sungguh, Tuhanmu Maha Pengasih, Maha Penyayang). (QS An-Nahl, 16: 7) Dan (Dan tidakkah mereka melihat bahawa Kami telah meciptakan haiwan ternak untuk mereka iaitu sebahagian dari apa yang telah Kami ciptakan dengan kekuasaan Kami, Ialu mereka menguasainya? Dan Kami menundukkannya (haiwan-haiwan itu) untuk mereka, lalu sebahagiannya untuk menjadi tunggangan mereka dan sebahagian untuk mereka makan. Dan mereka memperoleh berbagai manfaat dan minuman darinya. Maka mengapa mereka tidak bersyukur?) (QS Yasin, 36: 71-73).
Rujukan: 1999: 728 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Maksud firman-Nya (Sesungguhnya bagi kalian) wahai manusia, (Pada binatang-binatang ternak benar-benar terdapat pelajaran) kalian memahami dan mengenalnya bahawa di sana terdapat "tangan" Allah dan kekuasaan-Nya bagi siapa saja yang Dia kehendaki dan tidak ada seorang pun yang dapat menghalangi kehendak-Nya serta tidak ada yang dapat melemahkan-Nya atas sesuatu yang Dia kehendaki. Firman-Nya (Kami memberi minum kamu dari air susu yang ada dalam perutnya) iaitu berupa air susu yang keluar di antara kotoran dan darah. (Dan bagi kalian) pada binatang ternak terdapat (Banyak manfaat untukmu) seperti faedahnya unta yang dapat memikul barang-barang, dinaiki punggungnya dan diminum air susunya. (Dan sebahagian darinya kamu makan) iaitu dagingnya kalian makan.
Rujukan: 2001: 33 (Tafsir al-Tabari)