Al-Baqarah (2) : 258
Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan". Ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?" Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.
TAFSIR 1
Menurut sebuah riwayat, nama lengkap Namrud adalah Namrud bin Falikh bin Abir bin Syalikh bin Arfakhsyadz bin Sam bin Nuh. la merupakan raja yang sangat kejam dan zalim. Bahkan, ia mengaku sebagai tuhan yang harus disembah oleh kaumnya. Nabi Ibrahim adalah nabi yang diutus Allah pada masa Namrud. Keduanya pun terlibat perdebatan tentang kekuasaan tuhan masing-masing. Nabi Ibrahim mengatakan bahawa Allah swt adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah, kerana Dialah Zat yang menghidupkan dan mematikan makhluk-Nya. Hal itu disanggah Namrud. la mengatakan, ia pun bisa melakukan hal yang sama. Namrud membuktikan perkataannya dengan sangat konyol. Ia memerintahkan pengawalnya untuk membawa dua orang. Namrud yang kejam itu lalu membunuh salah satunya dan membiarkan yang lain hidup. Meskipun tahu jawaban itu tidak masuk akal, Nabi Ibrahim tidak membantahnya. Nabi Ibrahim kemudian mengajukan dalil kedua iaitu bahawa Allah swt menerbitkan matahari dari arah timur dan menenggelamkannya di arah barat. Nabi Ibrahim lalu menentang Namrud untuk menunjukkan kekuasaannya, apakah ia bisa membalikkan hal itu dengan menerbitkan matahari dari arah barat dan menenggelamkannya di arah timur. Namrud pun diam membisu. Begitulah jalan yang hendak ditunjukkan oleh Allah swt sebagai bukti bahawa Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Rujukan: 1999: 148 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini seolah berkata, "Wahai Muhammad! Apakah engkau tidak memperhatikan orang yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya, kemudian Ibrahim menjawab, 'Tuhankulah yang menggenggam kehidupan dan kematian, Dia menghidupkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mematikan siapa yang dikehendaki-Nya setelah diberikan kehidupan."' Namun, orang yang mendebat berkata lagi, "Aku pun sanggup melakukannya, aku sanggup menghidupkan dan mematikan. Aku tidak membunuh seseorang yang seharusnya aku bunuh kerana itu aku sanggup memberikan kehidupan baginya. Aku juga sanggup membunuh yang lain, kerana itu aku sanggup mematikannya." Ibrahim pun kemudian berkata, "Allah, Tuhanku, menerbitkan matahari dari timur. Maka terbitkanlah matahari dari sebelah barat olehmu, jika benar kamu itu adalah Tuhan." Maka orang kafir itu telah tumbang dan kalah argumennya. Diriwayatkan dari Qatadah tentang ayat ini. la berkata, "Telah dijelaskan kepada kami bahawa orang yang mendebat telah memanggil dua orang, kemudian dia bunuh salah satunya dan membiarkan hidup yang satunya lagi. Lalu dia berkata, ?ku biarkan yang ini hidup, kerana aku berkehendak memberikan dia kehidupan dan aku bunuh orang yang aku kehendaki. ' Sebab itu Ibrahim berkata mengomentari hal itu dengan perkataan, 'Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat. ' Lalu terdiamlah orang kafir itu dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim."
Rujukan: 2001: 570-577 (Tafsir al-Tabari)