Al-Baqarah (2) : 256
Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
TAFSIR 1
Ayat ini menyatakan tidak ada paksaan dalam beragama. Ketika kita telah menyampaikan kepada pemeluk agama lain tentang kebenaran Islam berikut bukti-buktinya, lalu mereka masih belum beriman maka kita tidak boleh memaksa mereka. Hal itu barangkali kerana hati mereka mengeras dan tertutup dari hidayah Allah swt. Kita perlu mengedepankan toleransi beragama. Disebutkan dalam sebuah riwayat, ayat ini ditujukan kepada sahabat Anshar. Seorang sahabat menyusukan anaknya kepada orang Yahudi, Ialu ia hendak memaksa orang Yahudi itu memeluk Islam. Lalu turunlah ayat ini. Secara etimologis kata (TaIi yang sangat kuat yang tidak akan putus) bermakna tali yang kuat. Para ulama berbeza pendapat tentang makna sebenarnya. Menurut Mujahid, dua kata ini bermakna iman. Adapun menurut As-Saddi, maknanya adalah Islam. Disebutkan dalam ayat tadi bahawa ketika seseorang memeluk Islam dan berikrar bahawa tidak ada tuhan selain Allah swt, maka ia sebenarnya telah berpegangan kepada tali yang sangat kuat yang akan menjadi pegangan hidupnya. Tali ini akan menyelamatkannya dari pujuk rayu syaitan yang akan selalu berupaya menjerumuskan manusia ke jurang kekufuran. Tali inilah yang akan menjadi senjata untuk mengalahkan pasukan-pasukan syaitan.
Rujukan: 1999: 147 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini mengandungi makna seseorang di larang memaksa seseorang Iainnya yang mereka redha dengan hukum untuk masuk agama Islam namun mereka pun dipungut jizyah-nya. Ayat ini diberlakukan bagi dua golongan, Ahli Kitab (Yahudi dan Nashrani) dan orang Majusi. Mereka dibiarkan memeluk agama yang bertentangan dengan agama Islam namun dipungut pembayaran Jizyah. Maksud penggalan ayat (Sesungguhnya telah jelas (perbezaan) antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat) iaitu telah jelas bagi para pencari kebenaran dan petunjuk, yang bisa membezakan kesesatan dan kekeliruan. Kerana itu siapa pun tidak boleh memaksa dua golongan ahli Kitab yang telah dipungut jizyah untuk memasuki agama Islam yang haq. Maka bagi siapa yang menolak dari petunjuk setelah diberikan penjelasan kepadanya maka urusannya diserahkan kepada Tuhan yang akan menghukumi di akhirat nanti. Barang siapa yang setiap hamba kufur terhadap rububiyah selain Allah dan dia kufur terhadap thagut, membenarkan Allah bahawa Dia adalah Tuhan, Pemilik alam semesta, Tuhan yang layak disembah bererti dia telah berpegang teguh terhadap pegangan orang yang berharap dihindarkan dirinya dari seksa dan hukuman Allah. Ayat ini juga menjelaskan bahawa Allah Maha Mendengar ikrar seorang Mukmin akan keesaan Allah swt dan berlepas diri dari sekutu dan berhala yang disembah. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang menjadi tekad orang Mukmin terhadap keesaan Allah, sedang hatinya ikhlas dalam menyembah Allah.
Rujukan: 2001: 546-562 (Tafsir al-Tabari)