Al-Baqarah (2) : 251
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.
TAFSIR 1
Perang dasyat berkecamuk. Dengan semangat mengangkat agama Allah swt, pasukan Thalut berjuang melawan pasukan Jalut. Ketika mendekati pasukan musuh, pasukan Thalut memanjatkan doa ?Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.? Dengan kuasa Allah swt, peperangan pun dimenangkan pasukan Thalut. Disebutkan bahawa Daud berhasil membunuh Jalut. Sebelumnya Thalut telah berjanji bahawa barang siapa yang boleh membunuh Jalut, ia akan dikhawinkan dengan puterinya dan menjadiknnya sebagai pewaris kerajaan. Inilah anugerah Allah swt kepada Daud. Setelah menerima warisan kerajaan Thalut, Allah swt pun mengukuhkannya sebagai rasul-Nya. Kemudian Allah swt mengajar kepadanya pelbagai ilmu pengetahuan sebagai bekal misi dakwahnya. Ayat ini memberikan pelajaran bahawa kebenaran akan selalu mengalahkan kebatilan. Dengan kata lain, jika peperangan dilakukan dalam rangka membela agama Allah swt nescaya Dia akan menganugerahkan kemenangan. Bagi Allah swt, tidak ada sesuatu yang mustahil. Jika Allah swt berkehendak, maka sesuatu akan terjadi sesuai dengan kehendak-Nya.
Rujukan: 1999: 144 (Tafsir Ibn Katsir)
TAFSIR 2
Ayat ini bercerita tentang Thalut dan pasukannya. Mereka berdoa ?Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir itu.? Maka Allah mengabulkan doa mereka Allah tuangkan kesabaran, mengukuhkan pendirian dan menolong mereka terhadap orang-orang kafir sehingga dapat mengalahkan Jalut dan pasukannya. Selanjutnya Allah memberikan kerajaan dan hikmah (kenabian) kepada Daud dan mengajarkan apa yang dikehendaki-Nya iaitu mengajar cara membuat baju besi dan ukurannya. Seandainya Allah tidak melindungi sebagian mereka yang taat dan beriman kepada-Nya, dari sebahagian yang lain, yang bermaksiat dan menyekutukan-Nya, pastilah penghuni bumi binasa kerana seksaan Allah kepada mereka, sehingga bumi pun menjadi rosak. Namun Allah pemilik kurnia dan anugerah terhadap makhluk-Nya, dengan cara menlindungi orang soleh dari orang jahat, orang taat dari orang maksiat dan orang beriman dari orang kafir. Ayat ini juga sekaligus pemberitahuan dari Allah kepada orang munafik, yang pada masa Rasulullah saw meninggalkan peperangan dan jihad bersamanya kerana keraguan dan penyakit hati mereka, juga kepada orang musyrik dan orang kafir di antara mereka, bahawa penangguhan seksaan kerana kekufuran dan kemunafikan mereka tiada lain kerana masih ada orang yang beriman kepada-Nya dan kepada Rasul-Nya. Mereka adalah orang- orang yang memiliki akal dan keyakinan bahawa Allah pasti akan memenuhi janji-Nya dalam berjihad melawan musuh-Nya dan musuh Rasul-Nya, berupa pertolongan di dunia dan keberhasilan meraih syurga di akhirat.
Rujukan: 2001: 497-518 (Tafsir al-Tabari)