Al-Anbiyaa’ (21) : 89
Doanya:
رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Maknanya: Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat), dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi.
Keterangannya: Doa nabi Zakaria a.s. ini diperkenankan oleh Allah s.w.t. dengan menjadikan isterinya yang telah tua itu dapat mengandung dan melahirkan seorang putera yang diberi nama Yahya. Di dalam ayat 90, ada digariskan ciri-ciri si pendoa, iaitu: (a) Selalu bersegera di dalam mengerjakan kebajikan, (b) berdoa dengan harap-cemas (raghaban-rahaban). Harap bermaksud berharap agar doanya dikabulkan. Cemas bermaksud takut kalau terlancang mulut ketika berdoa (meminta yang bukan-bukan).
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)