Al-Baqarah (2) : 250
Doanya:
رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Maknanya: Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami, dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir
Keterangannya: Doa kaum nabi Allah Daud (yang dipimpin oleh Talut) semasa menghadapi ancaman Jalut dan kaumnya yang lebih gagah dan besar bilangannya, yang begitu berazam untuk memusnahkan Talut dan kaumnya kerana rasa tidak puas hati bila Talut dilantik sebagai pemimpin. Nabi Daud ketika itu hanyalah seorang sukarelawan yang mentah di dalam hal peperangan, tetapi berani mencabar Jalut, ketua pemberontak yang gagah dan akhirnya berjaya membunuhnya dengan suatu alat pelontar batu.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)