Al-Anbiyaa’ (21) : 83
Doanya:
رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Maknanya: Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.
Keterangannya: Menurut beberapa riwayat para mufassirin, doa ini diadukan oleh nabi Allah Ayub setelah baginda ditinggalkan oleh isterinya yang termakan hasutan Syaitan, kerana tidak sabar menghadapi baginda yang sedang sakit tenat bertahun-tahun. Itupun setelah habis, harta-benda, anak-anak, malah kesihatan tubuh badan pun sudah tiada. Apa yang tinggal sempurna pada baginda ketika itu hanyalah hati (otak) dan lidahnya yang tidak henti-henti mengingati Allah. Atas kesabaran dan keteguhan iman nabi Ayub itu Allah s.w.t. telah memperkenankan doa baginda, isterinya pun pulang kepadanya, baginda kemudiannya beroleh anak dan harta-benda seperti sediakala semu1a.
Rujukan: Intisari dari Al-Quran - Doa (Abdul Wahab Abd Jalil Noor)